Saturday

TAKUT................

Semua kita mempunyai perasaan takut, macam2 yang kita takutkan.. Namun kemuncak segala ketakutan adalah takutkan azab Allah... Takutkan Neraka Allah. Tak seorang pun dari kita yang terlintas difikirannya, mahu dimasukkan kedalam neraka...Na'uzubillahiminzaliq.

Adapun neraka itu telah disediakan untuk penghuni2nya kelak, dengan dinyalakan apinya selama 3,000tahun lamanya. Peringkat pertama dinyalakan apinya selama 1,000 tahun sehingga apinya menjadi merah.... diteruskan lagi pembakarannya selama 1,000 tahun lagi, sehingga api yang berwarna merah itu bertukar rupa menjadi putih dan diteruskan lagi 1,000tahun hingga membuatkan api yang putih itu bertukar menjadi hitam legam, seumpama malam yang gelap gulita. Panasnya membuatkan seluruh kulit akan cair melecur dan seketika itu jugak digantikan dengan kulit yang lain dan melecur dan digantikan kulit yang lain lagi...khabarnya kulit diganti sebanyak 100 x dalam tempoh sejam...ya Allah...begitulah salah satu dari seksa neraka keatas penghuninya....Allahu Akbar...

Adalah ditakdirkan Allah, bermula kejadian dunia ini tidak mempunyai api, untuk mewujudkan api di dunia, maka pergilah malaikat Jibril berjumpa malaikat Malek yang menjaga neraka, untuk memintak sedikit dari bara api neraka untuk dibawak kedunia. Malaikat Malek bertanya kepada Jibril maksud sedikit tersebut, lalu kata Jibril kalau dapat sebesar buah tamar pun memadailah. Malaikat Malek mengatakan itu kecik sangat, walau bagaimana pun jika ianya dibawa kedunia, nescaya akan cair dan leburlah bumi dengan langitnya....Allahu Akbar... Kalau begitu, kata Jibril, bagilah aku sebesar setengah buah tamar, jawab Malek, itu pun akan memusnahkan dunia dan tidak akan ada tumbuhan dan makhluk yang akan dapat hidup...... Mendengar akan perkara tersebut, Jibril pun menghadap kepada Allah mohon penyelesaian masaalah tersebut, lalu Allah berfirman agar Jibril meminta dari Malek sebesar biji sawi sahaja.

Diringkaskan cerita, Jibril pun membawak bara api neraka yang sebesar biji sawi tersebut dan membasuhnya sebanyak 70 x didalam 70 sungai didalam syurga... kemudian dibawaklah turun kedunia dan diletakkan diatas gunung yg tertinggi sekali... Allahu Akbar... sebaik diletakkan...cairlah gunung tersebut... lalu diambil dan dipulangkan semula keneraka... jadinya api yg ada didunia ini hanyalah kesan atau bekas bakaran gunung tersebut.... sebab itulah jika kita ketuk atau lagakan batu atau besi akan memercikkan bunga api....

Kesimpulannya, kalau bara api neraka sebesar biji sawi (Itu pun sudah dibasuh dalam 70 sungai disyurga) boleh meleburkan sebuah gunung....bagaimana keadaan kita jika dimasukkan kedalam api neraka sebenarnya..... sanggup kah kita? tahankah kita?..... Allahu Akbar...... Na'uzubillahi Minzaliq.