Tuesday

KENAPA ISLAM MENGHARAMKAN BERTATU


Apa kesan tatu?

Antara kesan yang mungkin didapati :
- Alahan pada kulit disebabkan pewarna yang digunakan. Kulit akan menjadi bengkak dan gatal-gatal.
- Jangkitan penyakit hepatitis B
- Jarum yang tercemar digunakan juga boleh membawa kepada jangkitan HIV dan hepatitis C

3. Hukum bertatu?

Memang ada dalil yang mengatakan hukum bertatu adalah haram.

Hadith riwayat Al-Bukhari

"Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuan yang mengubah ciptaan Allah".

Hadith riwayat Muslim juga ada menyatakan

"Bahawa Rasulullah saw melaknat orang yang membuat cemara (menyambung rambut), orang yang minta dicemarakan, orang yang membuat tatu dan orang yang minta dibuatkan tatu".

Cukup 2 dalil hadith sahih yang mengharamkan tatu. Larangan bertatu tidak ditujukan hanya pada perempuan, malah lelaki pun lebih-lebih lagilah...mungkin sebab zaman Rasulullah dahulu, yang gemar membuat tatu untuk tujuan kecantikan adalah di kalangan wanita...wallahualam.

4. Jika dah terbuat adakah wajib menghilangkannya?

a) Orang yang mukallaf (Islam, baligh, berakal) jika dia bertatu atas kerelaannya sendiri dan untuk menghilangkan tatu tersebut hanya dengan cara kaedah perubatan atau cara pembedahan sedangkan doktor dah maklum bahawa akan datang mudarat seperti hilang anggota atau fungsinya dan akan menyebabkan keadaan anggota tersebut menjadi buruk tetapi dia tidak takut langsung maka dia WAJIB hilangkan tatu tersebut.

Tetapi jika dia takut akan mudarat itu, maka tidak wajib untuk dihilangkan tatu tersebut dan dia tidak berdosa setelah dia bertaubat.

b) Orang yang dipaksa bertatu sedangkan diri dia tidak rela maka tidak wajib dia hilangkan tatau tersebut.

c) Orang yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang gila maka tidak wajib hilangkan tatu tersebut tetapi orang yang buat tatu padanya akan menanggung dosa (gatal2 pegi buat sape srh?)

d) Orang kafir yang memeluk Islam. Jika dia bertatu sebelum dia masuk Islam adalah wajib untuk dia hilangkan tatu tersebut. Hukumnya sama seperti (a).

5. Sebab apa tatu haram? Apa kesan dalam ibadah?

Sebenarnya, bila kita buat tatu dan kita cucuk jarum pada kulit untuk masukkan pewarna, darah akan bertakung di permukaan kulit kesan cucuk tadi. Jadi bila darah bertakung, hukumnya najis jadi solat tidak sah sebab hukum tanggung najis. Wudhuk tak sah, solat pun tidak sah.

Habis tu macam mana pula dengan jenazah yang dah meninggal dunia? Wajib hilangkan?

Oh no no no....kita haram untuk hilangkan tatu pada badan jenazah tersebut kerana perbuatan tersebut dapat menyeksa lagi si mayat.

Orang yang bertatu juga tidak layak menjadi saksi atas apa jua perkara. Kerana syarat nak jadi saksi ini salah satunya tidak fasiq iaitu melakukan dosa besar atau dosa kecil yang berterusan.

Orang ini juga tidak layak menjadi wali nikah untuk anak dia atau sesiapa sahaja kerana dia tergolong dalam orang yang fasiq.