“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika
solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya
buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”
BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang
yang tidak dapat dimaafkan kerana “ke*****an beragamanya”.
2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.
3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang
langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan
kain atau seluar labuh menutup mata kaki.
4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.
5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika
hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali
bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga
berdasarkan hadis...
6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.
7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini.
Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya
mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah
dilapik dengan kain putih di tempat sujud.
8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya
dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal
ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.
9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika
sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat
kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.
10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."
11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri
(dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana
mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu
mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”
12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke
hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."
13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu
sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan
bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan
sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW
bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan)
seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan
kaki depannya). "
14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba
dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika
itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa
kepada Allah Ta’ala.
15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan
punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara
dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke
Kiblat.
16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh
hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh
menyelak rambutnya ketika sujud.
17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat
Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah
beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum
bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang
(dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.
18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.
19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus
beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu:
berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka
hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya:
"Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa
kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid
Dajjaal."
20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya
tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya
temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas
Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya,
baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat
dha'if.
21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga
ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat,
kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al
Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW
mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW
meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami
bergerak sujud.”
22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan
orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah
orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya,
pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus
melintas di hadapannya.
23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan
(maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada
di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan
cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).
24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf
sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah
Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus
beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh
makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju
mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”
25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan
dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat
berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum
solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak
sah” ini sebagai “tidak sempurna”.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah
solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam
Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW
bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang
menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang
yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu
uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.”
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik
solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini
membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat
bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.
27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang
tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup
kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.
28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika
mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi
kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan
dosa bagi mereka (yakni imam).”
29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam,
agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya
itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula
solatnya.
30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum
pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan
posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah
dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia
(makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris
dengannya).
31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang
kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau
syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak
sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini
tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."
32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya,
baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam.
Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang
difahaminya. Inilah ke*****an yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam
beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat,
lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat.
Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari
makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda
Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa
ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat
33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah
khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat
Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda;
"Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya
atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau
sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang
hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam
Ahmad)
Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.
34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun
dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak
sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu,
hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian
ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan
Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan
di rumah.
35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW
bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika
mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu
Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk
mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).
KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang
mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak
mengabaikannya.
36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat
berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di
shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat
pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan
Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang
yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi
imam!.
37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan
solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala
kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada
Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu
beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang
mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah
bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni
dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah
sekalipun.”
“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْØَانَ الُ 33 kali,
membaca tahmid الØمدُ Ù„ُÙ„ُُ 33 kali, takbir الُ Ø£َكبرُ 33 kali hingga
jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah
dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat
Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca
ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak
ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”
(Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)
38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya
di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir
dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara
beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut
adab yang betul.
BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan
solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak
sah atau terbatal garagara ke*****an kita tidak mahu mendalami ilmu
solat yang sebenarnya.
Ditulis & disusun Oleh:
Ruslan Mamat