Tuesday

Fadhilat Ayat Seribu Dinar:


Maksud Ayat :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

 Fadhilat Ayat Seribu Dinar:
 

1. Membacanya membolehkan dimudahkan rezeki.

2. Membacanya sebanyak 70 kali beserta selawat ke atas Nabi membolehkan seseorang itu dipenuhi hajatnya, Insya-Allah.


3. Mengamalkan pembacaan ayat ini memudahkan urusan seharian pembacanya


4.Jika melakukan perniagaan,membacanya akan melariskan perniagaan..


(yg cerita ni ehsan blog encik Kalam AlMusaddad
)
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Antara kelebihan lain Ayat 1000 Dinar :


* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.


* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.


* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan


* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.


Mungkin banyak lagi kelebihan2 ayat seribu dinar ini...  Wallahu a'lam~