Saturday

Antara hujah kenapa org islam lebih mesra pada kristian..

Hujah gua kenapa umat islam di malaysia mempunyai dorongan ke arah kristian..
mungkin hujah gua ini akan di bangkang oleh PAS, UMNO APCO, dan UMAT ISLAM..
tetapi selami dulu apa yg nak gua bicarakan..

1. Islam di malaysia di dapati melebihkan label islam dari label jatidiri islam itu..

2. Di larang untuk tidur di masjid dan surau atas alasan mengotorkan tempat ibadat dan ianya bukan kawasan tidur..

3. Kemesraan umat islam kepada orang yang baru memeluk islam adalah pada tahap jahil

4. Suka memandang serong kepelbagaian orang2 islam..

5. Apabila seorang islam ingin mendapatkan bantuan dari saudara seislamnya. ianya akan melalui birokrasi yg sangat rumit.. seoalah2 seperti menidakkan keperluan itu..

6. Apabila umat islam meminta bantuan dari puak kristian.. akan di bantu di masa itu juga tanpa ada apa2 akujanji dan sebagainya serta tidak perlu untuk ucapkah terima kasih pada mereka..

7. Orang2 kristian lebih mesra kepada masyarakat islam dari umat islam itu..

8. Jika kita masuk ke church dan meminta kepada orang di dalamnya sebotol air dan sebungkus makanan kerana kehausan.. ketika itu juga jika mereka tiada air mereka akan memandu kenderaan untuk pergi mendapatkan sebotol air dan makanan untuk kita..

9. Apabila di masjid2, apakah akan berlaku jika kita meminta sedemikian ? jawapannya.. kita akan di pandang serong seperti peminta sedekah bukan ?

10. Mentaliti yang menguasai masjid2 adalah orang2 yg dungu dan jahil ilmu.. hanya tahu islam.. tetapi tidak tahu hakikat islam itu adalah BERKASIH SAYANG..

11. Apabila seorang islam yang di bantu oleh kristian dengan pelbagai cara tanpa perlu untuk mengucapkan terima kasih maka umat islam akan kononnya marah sedangkan semua ini berlaku adalah kerana umat islam itu sendiri yang jahil tentang ilmu dan pegangan serta tidak mesra pada umat islam..

12. Apabila seorang islam selalu bertemu paderi2 kristian untuk menyatakan luahan isi hati mereka.. mereka sangat di ambil berat dan di berikan perhatian serta di berikan dorongan dalam bentuk kewangan..

13. Jika kita bertemu ahli2 masjid bagaimana ? masuk telinga kiri keluar telinga kanan dan mereka akan berkata kami akan bantu.. tetapi sekadar manis di mulut dan tidak melaksanakannya..

14. Maka jika ada orang islam yang menyertai kristian adalah kita akan melantun marahkan puak2 kristian ?

15. Dari hasil kajian semasa.. kebaikan kristian untuk dunia.. 10 kali ganda lebih baik dari kebaikan umat islam di Malaysia..

16. Umat islam di Malaysia hanya memandang tidak ada mata sahaja kepada mereka2 yang baru memeluk agama islam..

17. Sehinggakan untuk bersolat juga jika apek tua baru masuk islam.. kita akan asingkan bukan ? apa yang terdetik di hati kita masa tu ?

18. Kalau begitu adakah kita boleh kata dan salahkan puak kristian ?

19. Ini melibatkan akidah dan pegangan..

20. Apa yang puak2 kristian buat dalam membantu orang2 islam langsung tidak di jadikan iktibar oleh umat islam dan saudara2 seagama islam..

21. Sebaliknya ramai yang nak jadi hero kes murtad dan sebagainya ?

22. Puak2 kristian tidak pernah memaksa umat islam masuk kristian..

23. Tetapi kita tengok keperibadian puak2 kristian yang mampu untuk mempengaruhi jiwa umat islam kerana sifat2 berkasih sayang yang di terapkan mereka? Adakah sama macam kita yang jadi saudara seagama?

24. Umat Islam di Malaysia adakah sebegini?

25. Kita pergi masjid,, mintak dekat orang masjid duit rm 100 cakap nak beli beras.. Apa dia orang akan jawab ?

26. Jika kita minta di church? pasti tidak banyak soal nak buat apa duit tu?

27. Jadi di mana silapnya ? tanya jais? tanya mais? tanya jawi? perkim? pukida? saudara seagama Islam di Malaysia?

28. Kita tak payah cerita lah nak tegakkan Islam di Malaysia ni.. dari dulu lagi semangat berkasih sayang dalam islam itu langsung tidak ada dalam diri kita..

29. Orang Islam yang susah bagi kita apa?.. pergi la mampos! sampah masyarakat..

30. Orang Islam yang baru keluar penjara.. kita peduli apa?.. ini bekas banduan.. pergi la mampos sama lu!

31. Macam ni ke matlamat perjuangan kita? Nak jadi champion mengenai islam ? tapi dalam hati busuk dan hanya mengejar pangkat dan kekuasaan?

32. Kita bagi contoh ZAKAT.. apa pasal nak tunggu orang islam miskin datang log nama baru lu nak bagi duit? itu pun melalui pelbagai akujanji dan sain sana sain sini panjat sana panjat sini? gila babi ke apa ? itu antara si miskin dan tuhan jika dia menipu..!

33. Kutip ZAKAT beratus juta setiap ramadan.. tapi sibuk2 buat BANGUNAN? pakai duit zakat ? Apakah ini yang dituntut ?

34. ZAKAT untuk umat islam sasaran tak sampai? apa kerja mereka yang berkenaan dan yang dipertanggungjawabkan?

35. Adakah kita tahu bahawa puak2 kristian mencari setiap sudut umat2 Islam yang di abaikan oleh orang islam sendiri..tak payah bagi contoh.. dah banyak kita dengar dan lihat.........

36. Semua ini kita punya silap sendiri dengan selesa berada di atas kerusi empuk.. bila orang lain murtad kita nak salahkan kristian tapi apa yang kita BUAT?

37. Kita tahu tak bahawa puak2 kristian tak kira semua tu ? mereka baik kepada semua orang dan berkasih sayang kepada mereka2 yang di pinggirkan oleh umat islam sendiri kerana KEKANGAN BIROKRASI MELAMPAU dalam hal2 islam ?

38. Kita bagi contoh perkim, jais, mais. orang kafir nak masuk islam..kenapa mesti kena tanya dulu.. kenapa mau masuk islam, apa sebab? apa kejadahnya nak tanya. Kenapa dia nak masuk islam ? Nabi s.a.w pernah tanya ke kenapa orang itu nak masuk islam ? Kenapa mesti takut2kan orang kafir dengan islam yang sejahtera jika hati mereka ikhlas mahu memeluk islam ?

39. Selasai perkara itu.. pelbagai borang kena di isi.. panjat perkim, jawi, dan sebagainya untuk mengesahkan keislaman orang yang baru memeluk islam itu? apa ke halnya ni banyak sangat kerja saudara seagama ni? Mengapa menyusahkan mereka2 yang mahu memeluk islam..

40. Siapakah sebenarnya penyebab2 murtad di malaysia, adakah kita dan mereka2 yang tidak mesra dan mengambil tahu perihal umat2 islam yang lain.