Tuesday

Khasiat Ayat Kursi


Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.


Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala
kefakiran didepan matanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk
dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan
syaitan dan kejahatan pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah."

  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam
    perjalanannya."

    * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan
    syaitan dan jin terbakar."

    * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
    rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
    mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

    * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
    Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

    * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia
    akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

    * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah
    akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
    ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
    jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

    * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
    Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang
    yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

    * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
    mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
    mendoakan baginya.

    * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla
    akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
    berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

  • * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
    "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
    Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."