Subuh – Allah
SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun.
Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1
tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan
dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum
lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa
sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang
orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah
membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita
mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana
jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa
sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita
meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita
meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali
sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa
sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak
menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat
maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah
SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak,
bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan
nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa
kepada Allah SWT.”
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
1. Dia akan merasa susah (untuk
menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat
Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
"Ya
Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan
hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal
Alamin."